Sep 21, 2025 - FASSelangor FC telah terbang ke Bumi Kenyalang bagi perlawanan kelima saingan Liga Super 2025/26 menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, Sarawak pada jam 4:45 petang.
Perlawanan ketiga daripada lima perlawanan bagi minggu ini, Katsuhito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, mahu pasukan untuk teruskan perjuangan dengan penuh semangat berpasukan.
“Fokus kita tetap untuk mendapatkan tiga mata penuh biarpun kita hanya mempunyai dua hari untuk membuat persiapan bagi perlawanan #KUCSFC. Saya percaya para pemain akan terus berjuang bersama-sama sebagai skuad Gergasi Merah tanpa memikirkan keputusan minggu lalu dan ambil pengajaran daripadanya. Petang ini kita perlu pandang ke hadapan dengan penuh keyakinan bagi membawa pulang tiga mata untuk para penyokong,” tegas beliau.
Bagi keberadaan pemain, tiga pemain; Willian Lira, Picha Autra dan Mukhairi Ajmal masih tidak dapat diturunkan kerena mengalami kecederaan di bahagian lutut dan hamstring. Manakala, pemain-pemain Merah Kuning yang lain sedia untuk diturunkan pada petang ini.
Bagi para penyokong yang tidak berkesempatan untuk terbang ke Sarawak, perlawanan ini akan bersiaran langsung di TV Okey, Sukan RTM dan RTMKlik.
Pihak pengurusan Selangor FC mahu pasukan bangkit daripada perlawanan lalu dan menambah tiga mata seterusnya bagi saingan Liga Super 2025/26. Gerak terus, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!